Sinopsis When Life Gives You Tangerines Lakonan Park Bo Gum dan IU. Drama gandingan pelakon hit dan popular akan ditayangkan tidak lama lagi di saluran Netflix lakonan Park Bo Gum dan IU.
Park Bo Gum dan IU dua nama yang cukup terkenal dalam dunia lakonan akan bersatu di dalam drama When Life Gives You Tangerines.
SINOPSIS WHEN LIFE GIVES YOU TANGERINES (2025)~~
Mengisahkan tentang Ae-Sun (IU) dan Gwan-Sik (Park Bo-Gum) yang lahir di Jeju, Korea Selatan pada tahun 1950-an.
Ae-Sun adalah seorang gadis yang memberontak dan pencinta buku namun dia tidak dapat menghadiri sekolah kerana latar belakang keluarganya yang miskin.
Dalam keadaan sebegini, dia tidak pernah berputus asa dengan impiannya untuk menjadi seorang penyair.
Dia meluahkan perasaannya dengan bebas tanpa menyembunyikan apa-apa.
Sementara Gwan-Sik adalah seorang pemuda yang jujur dan rajin dan dia juga tidak banyak bercakap. Gwan-Sik hanya menyayangi Ae-Sun dan menghormatinya.
Post a Comment