Kenali Biodata Park Hyung Sik Pelakon Buried Hearts. Kenali pelakon lelaki tinggi lampai Park Hyung Sik yang namanya kian menjadi sebutan peminat drama Korea dan pilihan produksi drama.
Park Hyung Sik tidak hanya seorang pelakon namun beliau merupakan penyanyi dan merupakan ahli dalam kumpulan lelaki ZE:A.
BIODATA PARK HYUNG SIK (2025)
Nama beliau yang sebenar sama dengan nama stage beliau iaitu Park Hyung Sik lahir pada 16 November 1991 di Gyeonggi , Korea Selatan.
Beliau merupakan anak bongsu dari dua beradik , dia mempunyai seorang abang lelaki yang bernama Park Min Sik.
Park Hyung Sik dikategorikan dari keluarga 'Chaebol' , bapa beliau merupakan salah seorang direktor BMW Korea dan emaknya pula cikgu piano.
Pada 2010 beliau debut bersama kumpulan ZE:A setelah lebih 2 tahun menjadi trainee , sebelum menjadi trainee beliau sudah aktif dalam dunia nyanyian .
Beliau mempunyai band semasa di sekolah menengah, band mereka banyak cover lagu-lagu top pada ketika itu.
Awal trainee beliau membintangi musik video dari senior syarikat naungan mereka iaitu Jewerly S dan selepas itu muncul di rancangan Star Empire dari Mnet.
Drama pertama lakonan beliau adalah Prosecutor Princess, di dalam drama ini beliau membuat cameo untuk satu episod.
Post a Comment