Biodata Hyeri Pelakon Drama Hit Reply 1988. Sebut nama Hyeri pasti semua orang tahu siapakah orangnya, terkenal sebagai penyanyi dari Girl's Day dan juga sebagai seorang pelakon berbakat dengan drama hit Reply 1988.
Hari ini jom kita kenali dengan lebih mendalam tentang Hyeri Girl's Days dan Lee Hyeri pelakon yang sangat berbakat.
BIODATA HYERI (2025)~~
Nama penuh Hyeri adalah Lee Hye Ri lahir pada 9 June 1994 di Gwangju , Korea Selatan, beliau dibesarkan oleh neneknya di luar bandar.
Hyeri membesar dalam keadaan kekurangan , ibu beliau bekerja di Kilang maka beliau banyak dijaga oleh neneknya.
Beliau mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Hyerim yang muda 2 tahun dari Hyeri, bapa beliau bernama Lee Dong-hyeon lahir pada 1970.
Permulaan karier nyanyian beliau adalah apabila beliau di 'scouted' oleh agensi yang menjaga Girl's Day ketika pertunjukan bakat.
Tidak lama selepas itu dia dan member Yura dibenarkan debut bersama dengan kumpulan Girl's Day menggantikan 2 orang ahli kumpuan mereka yang keluar, beliau mendapat menjadi trainee paling singkat.
Hyeri terkenal sebagai maknae atau ahli termuda di dalam kumpulan Girl's Day , beliau digelar 'Nation's Little Sister' oleh media Korea.
Nama beliau meletup setelah menyertai rancangan "Real Men" yang mana rancangan artis Korea memasuki latihan ketenteraan.
Tidak berhenti disitu nama beliau sekali lagi menjadi sebutan kali ini sebagai pelakon , beliau menerima banyak pujian setelah drama Reply 1988 ditayangkan.
Hyeri memulakan karier lakonan beliau pada 2012 di dalam drama hujung minggu Tasty Life, pada 2015 beliau diberi watak utama didalam drama Reply 1988.
Drama ini berjaya menjadi salah satu drama yang ratingnya tinggi di stesen televisyen dengan rating tertinggi 18.8%.
MEDIA SOSIAL OFFICIAL HYERI~~
Untuk peminat baru Hyeri yang nak tahu perkembangan dan aktiviti harian Hyeri boleh follow official media sosial beliau >> 혜리
Beliau juga mempunyai youtube official beliau yang mempunyai jumlah pengikut lebih 2 juta , di sini banyak konten daripada Hyeri >> IamLeeHyeri
Korang boleh follow untuk lihat banyak lagi aktiviti dari beliau di media sosial official beliau,
Post a Comment