Sinopsis Drama Love Scout (2025) Lakonan Han Ji Min Dan Lee Jun Hyuk. Pembukaan tahun 2025 kita dapat saksikan satu drama Korea yang dibintagi oleh pelakon senior yang terhebat iaitu Han Ji Min bersama partnernya iaitu Lee Jun Hyuk.


Sinopsis Drama Love Scout Lakonan Han Ji Min Dan Lee Jun Hyuk



Drama Love Scout (2025) merupakan salah satu drama yang dinanti-nantikan untuk 2025 kerana drama ini adalah drama comeback daripada pelakon senior Han Ji Min selepas drama Behind Your Touch yang ditayangkan pada 2023.

Drama ini mengetengahkan genre romance yang menampilkan ramai pelakon berbakat Korea , baik pelakon senior mahupun pelakon yang sedang meningkat naik, jom baca sinopsis drama ini.

SINOPSIS LOVE SCOUT (2025)~~

Menceritakan mengenai seorang wanita yang berjaya dan berkeyakinan Han Ji-Min yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat 'headhunter". 

Untuk terus hidup dalam bidang pemburuan kepala yang sangat kompetitif, dia meletakkan semua yang dia ada dalam kerjanya. 

Di luar pekerjaannya, dia tidak tahu lakukan apa-apa, dia mempunyai setiausaha Yu Eun Ho(Lee Jun-Hyuk) yang menguruskan segala-galanya untuknya. 

Berbeza dengan ketuanya, Yu Eun Ho peramah, berbudi bahasa, dan bertimbang rasa terhadap orang lain. 

Beliau merupakan seorang bapa tunggal, yang juga mahir dalam bidang keibubapaan dan kerja rumah.


PROFIL DRAMA LOVE SCOUT ~~

Drama Love Scout ditayangkan di saluran SBS bermula 3 January lalu pada jam 10 malam dan berakhir pada 11:30 malam.

Love Scout adalah drama pertama Han JiMin setelah drama Behind Your Touch manakala Lee Jun Hyuk pula merupakan drama seterusnya setelah drama Netflix iaitu Mercy For None pada tahun 2024.

Drama ini menggantikan slot drama The Fiery Priest 2 yang sudah tamat tayangannya pada hujung bulan 12.

Selain Han Jimin dan Lee Junhyuk drama ini turut dibintangi oleh Kim Do Hoon yang popular dengan drama The Escape Of Seven dan juga Kim Yoon Hye yang namanya  semakin menjadi sebutan setelah drama hit Jeongnyeon: The Star Is Born ditayangkan.

Teruskan menonton drama ini okay, semakin menarik episod ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post