Sinopsis When The Stars Gossip Lakonan Lee Min Ho. Drama Korea terbaru dan pembukaan untuk tahun 2025 adalah When The Stars Gossip (2025) lakonan Lee Min Ho dan Gong Hyo Jin.
Drama ini menjadi drama yang paling dinanti-nantikan untuk 2025 kerana gandingan utama drama ini yang merupakan pelakon top Korea Selatan.
Lee Min Ho nama yang cukup besar dan popular di seluruh dunia, beliau terkenal dengan pelakon yang sangat berbakat dan handsome.
Watak heroin didalam drama ini juga pelakon yang sangat berbakat dan dikenali di Korea iaitu Gong Hyo Jin.
Antara drama Lee Min Ho yang popular adalah Boys Over Flowers, The Heirs, The Legend Of Blues Sea, Pachinko dan banyak lagi.
Sementara itu Gong Hyo Jin pula terkenal dengan drama Master's Sun, When the Camellia Blooms, Pasta dan banyak lagi.
Kedua-dua mereka sudah mempunyai fanbase yang sangat besar, di dalam drama When The Stars Gossip Lee Min Ho membawa watak Goong Ryoong manakala Gong Hyo Jin membawa watak Eve Kim.
SINOPSIS WHEN THE STARS GOSSIP (2025)~~
Menceritakan mengenai Gong Ryong (Lee Min-Ho) yang merupakan seorang pakar perbidanan dan dia adalah bakal menantu untuk kumpulan chaebol terbesar MZ.
Dia mempunyai misi rahsia yang dia tidak boleh memberitahu sesiapa.
Untuk misi rahsianya, dia membayar sejumlah besar wang untuk pergi ke stesen angkasa sebagai pelancong angkasa lepas. Di stesen angkasa, Eve Kim (Kong Hyo-Jin) ditempatkan di sana.
Dia seorang saintis angkasa elit dan kini dalam misi stesen angkasa pertamanya sebagai komander.
Dia seorang perfeksionis yang mematuhi peraturan dengan ketat dan tidak bertolak ansur dengan satu kesilapan pun di kawasan yang bahaya mengintai di mana-mana.
Anggota krewnya termasuk saintis penyelidikan lalat buah Kang Kang-Su (Oh Jung-Se), yang merupakan anak kedua daripada sebuah keluarga yang menjalankan syarikat kewangan global.
PROFIL DRAMA WHEN THE STARS GOSSIP
Tayangan drama ini pada 4 January 2025 sehingga 23 February 2025 di saluran Netflix dan TvN dengan tema Sci/Fi dan romance.
Drama ini ditayangkan pada jam 9:20 malam pada hari Sabtu dan Ahad , sebutan Korea untuk drama ini adalah Byeoldeulege Muleobwa
Jangan lupa tonton drama ini ok ~~
Post a Comment