Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Rahsiamu Selamat Denganku. Dimanakah peminat drama Malaysia, sila munculkan diri anda disini , mari kita kenali heroin drama Rahsiamu Selamat Denganku iaitu Siti Khadijah.

Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Rahsiamu Selamat Denganku


Nama Siti Khadijah sudah tidak asing dalam industri lakonan Malaysia kerana beliau merupakan salah seorang dari pelakon wanita berbakat Malaysia.

Beliau terkenal dengan beberapa drama hit seperti From Saga With Love , Ash dan Aish dan Sekali Lagi Cinta Kembali.

Nama penuh beliau adalah Siti Khadijah binti Abdul Halim lahir di Kuala Lumpur , Malaysia pada 27 Mac 1997.

Siti Khadijah merupakan anak bongsu dari empat orang adik beradik, beliau mempunyai seorang kakak dan dua orang abang.

Beliau merupakan bekas pelajar UITM Lendu , Melaka.

Siti Khadijah meggunakan nama stage Siti Khadijah Halim , beliau memulakan karier di dalam dunia hiburan dengan memasuki pertandingan Gadis Panca NR pada 2017 , yang dianjurkan Utusan Malaysia.

Drama pertama beliau adalah Dia Menantu Rahsia yang disiarkan di TV3 pada 2019 dan beliau memegang watak Shima.

Nama beliau semakin dikenali setelah drama Dia Yang Ku Cinta yang ditayangkan pada tahun sama beliau debut. 


MEDIA SOSIAL OFFICIAL ~~

Setelah tayangan web drama From Saga With Love nama Siti Khadijah Halim semakin menjadi sebutan peminat drama ditambah beberapa bahagian drama itu viral di media sosial.

Ramai peminat drama membuka mata pada beliau yang mana lakonan beliau didalam drama itu mendapat pujian.

So sapa yang nak tahu next update mengenai kerjaya lakonan Siti Khadijah Halim boleh follow beliau disini >> SITI KHADIJAH HALIM



Post a Comment

Previous Post Next Post