Biodata Muaz Zabir Pelakon Drama Iskandar Chempaka. Nama pelakon baru yang sedang menjadi sebutan sekarang Muaz Zabir semakin dikenali dengan drama Tv3 Iskandar Chempaka. Di dalam drama itu beliau menjadi gandingan bersama pelakon cantik Harissa Adlynn.

Biodata Muaz Zabir Pelakon Drama Iskandar Chempaka


BIODATA MUAZ ZABIR (2024)~~

Nama penuh beliau adalah Muaz bin Mohamad Zabir lahir di Linggi , Negeri Sembilan pada 1997, beliau menggunakan nama pentas 'Muaz Zabir'.

Beliau memasuki dunia seni Malaysia bermula dengan menyertai rancangan Tv3 Fit For Action dan beliau merupakan juara Fit For Action bagi kategori lelaki.

Selain berlakon , Muaz merupakan seorang model, pengacara dan berkerjaya sebagai jurulatih kecergasan setelah beliau tamat belajar.

Muaz Zabir adalah merupakan bekas pelajar Kolej Profesional Mara Seri Iskandar dalam jurusan bidang pemasaran.

Untuk sesiapa yang nak tahu aktiviti seni Muaz boleh follow official media sosial Muaz di @muaz.zabir\

Jangan lupa teruskan support karier lakonan Muaz Zabir.



Post a Comment

Previous Post Next Post