Sinopsis Joseon Attorney Lakonan WJSN Bona dan Woo Do Hwan. Drama sejarah Korea terbaru untuk 2023 akan mula ditayangkan tidak lama lagi dan pelakon yang membintangi drama ini kesemuanya berbakat dan sangat dikenali. Drama sejarah 'Joseon Attorney' adalah drama yang ditunjangi oleh WJSN Bona dan pelakon kacak Woo Do Hwan.

Sinopsis Joseon Attorney Lakonan WJSN Bona dan Woo Do Hwan


Setelah mencipta nama dengan drama Twenty Five Twenty One , ahli kumpulan wanita WJSN kali ini muncul dengan drama sejarah dan beliau menjadi watak utama.

Woo Do Hwan pula seorang pelakon lelaki yang semakin dikenali , beliau terkenal dengan drama Mad Dog , Tempted dan The King: Eternal Monarch.


SINOPSIS JOSEON ATTORNEY (2023)~~

Mengisahkan tentang Berlatarkan zaman Joseon, Kang Han-Soo (Woo Do-Hwan) menjadi seorang peguam untuk membalas dendam terhadap orang yang bertanggungjawab atas kematian ibu bapanya.

 Walaupun dia mendapat pengalaman kerja sebagai peguam, dia berkembang menjadi seorang peguam yang berkebolehan. 

Kang Han-Soo terlibat dengan Puteri Lee Yeon-Joo (Bona) dan Hakim Yoo Ji-Sun (Cha Hak-Yeon).

 Puteri Lee Yeon-Joo mengambil berat tentang negara dan rakyatnya dengan ikhlas. Hakim Yoo Ji-Sun berusaha untuk memberikan penghakiman yang adil.

PROFIL JOSEON ATTORNEY (2023)

Drama Joseon Attorney akan ditayangkan bermula 31 march ini di saluran MBC pada setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 10malam.

Jumlah keseluruhan episod untuk drama ini adalah 16 episod dan dijangka akan tamat pada 20 may 2023.

Selain WJSN Bona dan Woo Do Hwan , barisan pelakon Joseon Attorney ini adalah ketua kumpulan VIXX iaitu N yang menggunakan nama stage pelakon Cha Hak Yeon.

Pelakon senior Cheo Ho Jin dan Kim Ae Ran masing-masing membawa watak Yoo Je Se dan Nenek Raja Lee Hyul.

Jangan lupa tayangan perdana pada hujung bulan march ini ok semua~

Post a Comment

Previous Post Next Post