Sinopsis King The Land Lakonan 2PM Junho dan SNSD Yoona. Drama yang dinanti-nantikan untuk 2023 akhirnya bakal ditayangkan tidak lama lagi , sebuah drama yang menggabungkan dua nama yang cukup popular iaitu Lee Junho dan Im Yoona. Drama King The Land akan ditayangkan pada pertengahan tahun ini , jom kita baca sinopsis drama king the land.
Drama ini menjadi tumpuan kerana dua watak utama drama ini yang cukup sinonim dengan dunia kpop idola yang sangat menjadi tumpuan sejak lama lagi.
Lee Junho adalah ahli kumpulan idola dari 2PM manakala Yoona pula adalah ahli kumpulan idola SNSD, 2PM dan SNSD sudah sangat dikenali dengan hubungan yang rapat sejak mereka debut lagi 2008.
Peminat tidak sabar untuk melihat keserasiaan antara dua penyanyi dan pelakon ini di dalam kaca tv , mereka berdua sudah menunjukkan keseraisan yang mantap semasa mereka digandingkan sebagai penyanyi, kali ini dengan drama King The Land.
SINOPSIS KING THE LAND (2023)~~
Drama ini menceritakan tentang Gu Won (Lee Joon-Ho) ialah seorang anak lelaki daripada keluarga chaebol. Keluarganya memiliki dan mengendalikan Kumpulan Raja.
King of the Land adalah ruang istirahat perniagaan VVIP, syurga yang memenuhi keperluan pengusaha hotel kaya.
Ia dimiliki oleh The King Group, dengan hotel, syarikat pengedaran, dan syarikat penerbangan dalam portfolionya
Dia kemudiannya terjebak ke dalam perang warisan ke atas Kumpulan Raja, Gu Won ialah seorang lelaki muda yang bijak, anggun dan bergaya, tetapi dia tidak begitu pandai berkencan.
Gu Woo seorang tidak mampu melihat senyuman palsu dari orang biasa.
Cheon Sa-Rang (im Yoon-A) mempunyai personaliti yang cerah, dengan wajah yang tersenyum.
Dia mula bekerja di Hotel King, itulah latar belakang beberapa kenangan paling menggembirakannya dari zaman kanak-kanaknya.
Semasa bekerja di hotel, dia menghadapi pelbagai kesukaran dan diaa juga berkembang sebagai seorang manusia.
Gu Won dan Cheon Sa-Rang bertemu dan hubungan romantik berkembang.
BARISAN PELAKON KING THE LAND ~~
Selain Junho dan Yoona , drama ini turut diserikan dengan pelakon-pelakon hebat seperti pelakon cantik
Go Won Hee yang membawa watak Oh Pyung Hwa di dalam drama ini.
Turut sama dibantu oleh pelakon lelaki berbakat
Ahn Se Ha dan
Kim Jae Won , masing-masing membawa watak No Sang Rik dan Lee Ro Woon.
Pelakon cantik
Kim Ga Eun turut sama membintangi drama ini sebagai watak Kang Da Eul.
PROFIL DRAMA KING THE LAND~~
Drama King The Land akan mula ditayangkan pada bulan 6 2023 dan ditayangkan di 3 saluran iaitu Netflix, JTBC dan TVING.
Diarahkan oleh pengarah hebat Im Hyun Wook yang merupakan pengarah drama Reflection Of You dan People You May Know.
Jumlah keseluruhan episod yang ada di dalam drama King The Land adalah 16 episod so korang semua jangan lupa taw layan drama ini.
Post a Comment