Senarai Lagu Tugasan Minggu Separuh Akhir Peserta Gegar Vaganza 9. Pejam celik pejam celik Ahad ini merupakan minggu ke 10 Gegar Vaganza 9 dna minggu ini adalah minggu separuh akhir. Malam Ahad ini akan diketahui siapakah peserta yang akan mara ke Final Gegar Vaganza 9. Siapa agaknya yang akan layak tapi sebelum ini jom tengok senarai lagu tugasan separuh akhir peserta gegar vaganza 9.
Uniknya Gegar Vaganza 9 kali ini apabila 1 minggu ditambah untuk peserta menunjukkan kehebat masing-masing sebelum menuju final.
Minggu ke 10 iaitu minggu separuh akhir ini peserta diberikan 2 tugasan untuk mereka iaitu setiap peserta akan menyanyikan 2 buah lagu pada minggu hadapan.
Peserta diberikan 1 lagu solo dan 1 lagu duet bersama peserta Gegar Vaganza juga, seperti final musim2 sebelum ini apabila peserta Gegar Vaganza akan ada battle sesama mereka.
Tema untuk separuh akhir adalah Separuh Aku Ada Kamu dan lagu-lagu yang akan dipersembahkan pada minggu ini semua best belaka.
LAGU TUGASAN MINGGU 10 (SOLO)
Untuk lagu solo, seperti minggu-minggu sebelum ini peserta diberikan lagu tugasan yang diumumkan pada hujung rancangan gv9 minggu 9.
SHILA AMZAH - SANG DEWI (Titi DJ)
JACLYN VICTOR - TAPI BUKAN AKU (Kerispatih)
DINA NADZIR - BUKAN DIA TAPI AKU (Judika)
TOMOK - SUATU MASA (M.Nasir)
BOB YUSUF - AJARI AKU (Adrian Martadinata)
VE - AZURA (Jamal Abdillah)
HAZRUL NIZAM - HAL HEBAT (Govinda)
FUAD RAHMAN - DI ALAM FANA CINTAMU (Fotograf)
LAGU DUET
Pada malam minggu ke 9 tidak diberi tahu siapa yang akan menjadi pasangan duet siapa namun hari ini korang dah boleh tengok sapa yang akan duet bersama nanti.
JACLYN VICTOR X SHILA AMZAH => SAMPAI BILA (Misha Omar)
DINA NADZIR X FUAD RAHMAN => BONEKA (Ernie Zakrie)
BOB YUSUF X TOMOK => SENIMAN MENANGIS (Ismail Haron)
VE X HAZRUL NIZAM => KAU PUN SAMA (Syamel)
Hebat kan lagu duet untuk minggu separuh akhir , so ampa semua jangan lepaskan peluang untuk tengok minggu ini.
Agak-agak siapa yang akan tersingkir dan berapa penyingkira yang akan berlaku ye? Mesti sangat kecewa kerana tersingkir minggu ini kerana minggu depan dah final.
So korang bagi semangat dekat peserta kegemaran korang untuk buat yang terbaik dan teruskan support mereka.
Post a Comment