Berapa Farm Fresh Bayar Siti Nurhaliza untuk Jadi Duta? Pasti soalan ini berlegar dalam otak anda bila dapat tahu yang Tokti menjadi duta kepada syarikat Susu, Farm Fresh yang baru diumumkan dalam konsert minggu ke 5.
Ramai juga yang terkejut dan mula berfikir bagaimana farm fresh boleh memujuk Tokti untuk menjadi duta?
Berapa Farm Fresh Bayar Siti Nurhaliza untuk Jadi Duta?
Dalam temubual bersama dengan Astro gempak, Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal, atau lebih dikenali sebagai Boss Susu berkata dia memujuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menjalinkan kerjasama selama dua tahun sebelum Tokti setuju menerima tawarannya.
"Memang tidak mudah untuk pujuk Siti. Lama juga proses rundingan, bermula dari awal tahun ketika kami merancang keluarkan produk susu baharu untuk kanak-kanak membesar.
"Kami mencari duta yang ada standard untuk pergi ke ‘next level’. Jadi, dua tiga kali juga pergi ke rumahnya untuk berbincang.
"Hanya Ogos lalu, dia memberikan kata persetujuan. Kami seterusnya memulakan penggambaran iklan, selain merakamkan lagu tema produk dan beberapa perancangan lain," katanya.
Bila ditanya mengenai berapa farm fresh bayar siti nurhaliza? Azmi berkata;
"Apa yang dapat saya katakan, kami mengeluarkan peruntukan lumayan untuk kontrak berlangsung selama dua tahun. Tetapi, jumlah itu bersesuaian dengan gelaran dan taraf Siti dalam industri seni," ujarnya.
Sumber : Astro gempak.
--
Takpa boss susu, mahal pun tetapi berbaloi kan. ramai orang suka dengan pemilihan tokti sebagai duta farm fresh.
Post a Comment