Vlog Camping BTS Jungkook Di Kedudukan Teratas Youtube. Mana peminat BTS semua ? mana Army silakan muncul diri anda. Nak bagitau ampa, sekarang di youtube BTS banyak mengeluarkan content vlog ahli-ahli BTS , salah satu darinya adalah vlog camping dari bts jungkook. Vlog BTS Jungkook itu mendapat jumlah tontonan yang banyak sehinggakan vlog camping bts jungkook di kedudukan teratas youtube.

Vlog Camping BTS Jungkook Di Kedudukan Teratas Youtube


Pada 6 Ogos yang lalu di youtube official BTS 'Bangtan TV' telah release vlog camping BTS Jungkook , tidak lama selepas release vlog itu menjadi viral dan mendapat perhatian dari ramai orang.

Oleh itu , Vlog Camping itu berjaya mendapat tempat pertama di youtube dan mendapat jumlah tontonan yang ramai dan trending di twitter 123 negara.

Di dalam Vlog itu , Jungkook menuju ke Goseong dengan memandu sendiri kereta beliau , beliau juga mengatakan ini pertama kali beliau shoot vlog sendiri.

Jungkook di dalam vlog itu membeli 'Swirling Potatoes', 'Sotteok Sotteok', 'Ayam dan Udang Gangjeong' dan 'Sweet Potato. Tongkat' untuk pertunjukkan makan.

Kelihatan Jungkook sangat gembira di dalam vlog ini dan pada ketika sedang makan tiba-tiba hujan , untuk menunjukkan makan ketika hujan agak tidak menyeronokkan.

Beliau cuba positif dengan mengatakan di vlog itu '"Saya rasa saya tidak dapat gambar yang saya mahu kerana cuaca buruk. Bolehkah saya pergi berenang pada hari hujan?"'

Di dalam Vlog ini korang boleh tengok Jungkook masak untuk dia makan dan semua beliau buat sendiri.

Beliau juga pergi di tepi laut dengan mengukir "BTS <3 ARMY" , dan ramai cair dengan perhatian yang dilakukan oleh Jungkook.

Sapa yang belum tengok vlog ini boleh tengok disini>> BTS JUNGKOOK CAMPING VLOG

Sehingga 15 Ogos , youtube Vlog Camping Jungkook sudah mencapai 10 Juta tontonan dan trending di beberapa negara.

Korang jangan lupa tengok taw vlog ini, video 'Jung Kook l CAMPING VLOG' menduduki tempat pertama dalam video 'paling banyak ditonton' 24 jam YouTube, 

Tidak dengan itu ia mendapat tempat ke-4 dalam populariti dan ke-12 dalam aliran video muzik global.

Peminat juga memberi komen yang mereka mahu bercamping bersama Jungkook , ada juga meminta Jungkook membuat 'mukbang show'.

Teruskan support vlog akan datang selepas ini , selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post