Seohyun Positif Covid-19 , SNSD Tangguh Promosi Album. Tahun 2022 merupakan tahun special buat peminat kpop 'second generation' apabila ramai diantara kumpulan-kumpulan terdahulu melakukan comeback. Begitu juga dengan kumpulan wanita legend SNSD atau Girls Generation turut sama mengeluarkan album sempena menyambut 15 tahun debut mereka. SNSD sepatutnya akan mengadakan promosi lagu baru mereka di music show namun terpaksa dibatalkan.
Seharusnya pada minggu ini SNSD akan mempromosikan lagu baru mereka yang direlease pada 8 Ogos pada hari Khamis di Mcountdown.
Namun pada 9 Ogos, syarikat SNSD update mengatakan yang " Hello. Seohyun disahkan menghidap COVID-19 hari ini (9 Ogos).
Oleh itu, Seohyun serta-merta menghentikan semua aktiviti yang dijadualkan dan sedang mendapatkan rawatan dan rehat, dan promosi rancangan muzik Girls’ Generation yang dijadualkan pada minggu ini (“M Countdown,” “Inkigayo”) sudah pasti dibatalkan. Kami meminta pemahaman peminat.,
Terima kasih."
Oleh itu , semua perancangan untuk kumpulan SNSD muncul pada minggu ini dibatalkan termasuklah rakaman muzik show Mcountdown dan Inkigayo.
Ramai kecewa kerana tidak dapat lihat SNSD di muzik show tapi memilih untuk kesihatan Seohyun kembali sihat.
Susulan dengan pengumuman ini , Seohyun di instagram beliau juga meminta maaf kepada peminat dan member yang lain.
Seohyun mengatakan "“SONE , yang pastinya telah menunggu promosi kami lebih lama daripada sesiapa sahaja… dan unnie saya …
Saya minta maaf. Saya sihat, jadi saya tidak fikir saya akan dijangkiti [COVID-19]... tetapi akhirnya, saya akhirnya menangkapnya. Saya benar-benar sangat kecewa dan berasa sangat menyesal…
Saya akan pulih dengan cepat, jadi mari kita berjumpa dalam keadaan sihat pada hari pertunjukan muzik minggu depan!”
Untuk jadual terbaru Girls Generations untuk minggu hadapan korang kena tunggu update terkini dan sambil -sambil itu doakan kesembuhan Seohyun.
Layan lagu terbaru dari SNSD yang baru sahaja release di sini>> Forever1 , teruskan streaming di spotify dan lain-lain.
Post a Comment