Sinopsis Drama My Liberation Notes Lakonan Kim Ji Won. Drama korea pada tahun 2022 ini banyak yang mendapat perhatian peminat setia drama Korea luar negara. Di Malaysia banyak drama korea  mendapat sambutan hangat antaranya my liberation notes. Dekat bawah korang boleh baca synopsis drama my liberation notes lakonan kim ji won.

Sinopsis Drama My Liberation Notes Lakonan Kim Ji Won


Nama Kim Ji Won sudah tidak asing lagi dalam drama Korea apabila dua dramanya mendapat sambutan yang menggalakkan.

Bermula dengan drama hit popular descendants of the sun yang diterajui oleh Song Jong Ki dan Song Hye Kyo, beliau membawa watak Yoon Myeong Joo.

Drama kedua beliau yang cukup popular di Malaysia adalah fight for my way apabila beliau menjadi tunggak utama bersama Park Seo Joon.

Di dalam drama fight my way ini telah menaikkan nama beliau dalam industry korea dan membolehkan beliau menerima banyak anugerah.

Drama yang akan di kongsikan hari ini adalah drama Kim Ji Won bersama pelakon lelaki senior Lee Min Ki dan Son Suk Ku.

Drama ini merupakan pertama kali gandingan antara Kim Ji Won bersama kedua merak ditambah dengan pelakon cantik Lee El.

My Liberation Notes ditayangkan di saluran JTBC  , menggantikan drama yang dilakonkan Park Min Young dan Song Kang iaitu Forecasting Love and Weather.

 

SINOPSIS DRAMA MY LIBERATION NOTES 2022 ~~

Mengisahkan tentang "Nota Pembebasan Saya" tiga adik beradik dan orang asing.

Yeom Chang-Hee (Lee Min-Ki) ialah anak tengah daripada tiga beradik itu.

Dia mahu melarikan diri dari rumah keluarganya di Kampung Sanpo, tetapi dia tidak mempunyai impian dan hanya menghabiskan hidupnya tanpa makna. Dia dipandang hina oleh ahli keluarganya.

 

Yeom Mi-Jeong (Kim Ji-Won) ialah anak bongsu daripada tiga beradik.

Dia ingin dibebaskan daripada kehidupannya yang membosankan, tetapi dia seorang yang introvert dan pemalu. Dia keseorangan dan berasa tidak puas dalam hidupnya.

 

Yeom Gi-Jeong (Lee El) ialah anak sulung daripada tiga beradik.

Dia mempunyai sifat panas baran. Dia membuang banyak masa untuk berulang-alik ke tempat kerjanya di Seoul dari Kampung Sanpo. Hidupnya penuh dengan keluhan dan dia ingin mencari cinta.

Encik Gu (Son Suk-Ku) ialah seorang lelaki misteri, yang tiba-tiba muncul di Kampung Sanpo. Dia selalu mabuk. Pada suatu hari, Yeom Mi-Jeong menghampirinya.

PROFIL DRAMA MY LIBERATION NOTES ~~

Tajuk drama adalah My Liberation Notes  manakala sebutan koreanya adalah  Naui Haebangilji dan tulisan korenya adalah 나의 해방일.

drama my liberation notes diarahkan oleh pengarah hebat Kim Suk Yoon yang banyak mengarahkan drama-drama hit.

Penulis drama ini pula adalah penulis Park Hae Young dan drama ini ditayangkan di JTBC pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

Mula tarikh tayangan adalah 9 april 2022 dan Tarikh akhir adalah 29 may ini , hanya tinggal beberapa episode sahaja lagi.

BARISAN PELAKON MY LIBERATION NOTES 2022~~

Drama My Liberation Notes merupakan drama yang dibintangi oleh pelakon-pelakon yang cukup hebat dan popular.

Watak utama drama ini merupakan pelakon cantik Kim Ji Won yang memegang watak sebagai Yeom Mi Jeong .

Sementara itu , pelakon senior dan kacak Lee Min Ki turut membintangi drama ini sebagai Yeom Chang Hee.

Seorang lagi pelakon senior yang sangat hebat berlakon adalah Son Suk Ku yang membawa watak Mr Gu di dalam drama my liberation notes ini .

Pelakon cantik dan popular turut sama menerajui drama ini iaitu Lee El yang membawa watak Yeom Gi Jeong.

Di dalam drama ini ada kumpulan yang bernama Sanpo yang dianggotai oleh watak Yeom Je Ho yang dibawa oleh pelakon senior Cheon Ho Jin.

Pelakon senior lagenda yang turut sama membintangi drama ini adalah Lee Kyung Sung yang memegang watak Kwak Hye Sook.

Pelakon cantik Jeon Hye Jin turut sama berada dalam kumpulan Sanpo sebagai watak Ji Hyeon A manakala watak Oh Du Hwan di bawa pelakon Han Sang Jo.

Pelakon kacak dan cantik Jo Min Kook dan Kim Hyun Jin turut membintangi drama ini sebagai Suk Jung Hoon dan Kim Hyun Jin.

REVIEW PENONTON MENGENAI DRAMA MY LIBERATION NOTES 2022~~

Di Korea drama ini sedang mendapat sambutan yang hangat apabila drama ini menjadi viral macam mana dengan komen penonton luar negara, antara komen mereka,

“filem ini menunjukkan pelbagai jenis kemurungan dalam hidup.. Keperluan dan kehendak individu. siri ini mendalam.

pertumbuhan diri dan cinta diri. dalam siri ini mereka menangani impian dan kehidupan rakan-rakan keluarga abiut. i really love how korean being good in making this kind of series ️ “

“Daripada penampilan episod terbaru, saya rasa drama ini mungkin mempunyai pengakhiran yang pahit, kebanyakannya dengan hubungan antara MJ dan Gu. Persembahan hebat; drama wajib tonton.”

 

“Drama ini sangat berpotensi. Apa salahnya ketiga-tiga adik beradik mereka semua sangat mementingkan diri sendiri dan kurang kesedaran.

Saya kecut melihat abang bercakap segala yang keluar dari mulutnya begitu cetek. Kakak juga agak pelik dia menangis terlalu banyak

 Saya hilang rasa hormat pada Mi jeong sejak dia meminta Gu menyembahnya, seperti ayolah, anda tidak memerlukan pengesahan orang untuk membantu anda belajar mencintai diri sendiri atau mendapatkan keyakinan.

Itu tidak sepatutnya bagaimana anda mendekati pembelajaran untuk mencintai diri sendiri. Orang kegemaran saya pada ketika ini ialah ayah.

Setiap orang berhak untuk pendapat mereka sendiri, saya faham, saya telah menonton banyak drama dan saya tidak pernah membenci mana-mana. Tetapi yang ini, saya tidak tahan.”

“Siri yang indah! Ya melodramas dan cerita Cinderella menyeronokkan dan melencongkan, tetapi ini menimbulkan pemikiran dan boleh dikaitkan.

Kita semua sedang mencari tempat kita dalam hidup dan pada akhirnya kita mungkin perlu menyelesaikan, atau keadaan mungkin tidak menjadi seperti yang kita harapkan. Itulah kehidupan.

 Saya sedang mencari pengakhiran yang baik di sini, lol. Pimpin gadis jiwa yang sayu, pimpin masalah lelaki dari masa lalu.

Kisah cinta mereka kebanyakannya senyap dengan sedikit perbualan tetapi mereka memahami antara satu sama lain, tidakkah kita semua mahu seseorang memahami kita, ketidaksempurnaan

dan semua? Plot lain juga menarik. Banyak makan, saya sentiasa lapar”

“Sebenarnya ia bagus, tetapi semakin saya menonton semakin terdesak saya. Watak Mi jeong kurang emosi, dia juga agak pelik.

Saya suka dia apabila dia meluahkan perasaannya. Beritahu kehidupan hariannya. Tapi, bila dia tinggalkan hyeona bila bf dia marah dia. Dia baru sahaja pergi.

Macam pelik sangat, tiba-tiba dia jadi lain perangai. Itu bestie dia sendiri yang stay & support dia sepanjang masa.

Tetapi, dia benar-benar meninggalkannya seperti tiada apa yang berlaku. apa? Penulis skrip memang dahagakan perhatian. Chara ini tidak diingini, gila dan bipolar.

Saya tidak dapat meneruskan, saya minta maaf saya akan menamatkannya sehingga ep 9”

 

AKHIR KATA~~

Sapa yang sedang layan drama my liberation notes ini silakan komen pendapat ampa dekat bawah mengenai drama ini.

Drama ini akan tamat pada hujung bulan ini tapi masih sempat kejar drama ini taw, teruskan menonton drama ini.

 

 

   

1 Comments

  1. terimakasih rekomendasinya, drama ini memang seru, terutama tokoh yang diperankan oleh Son Seok-Koo sangat apik

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post