Sinopsis Drama Jangan Ganggu Jodohku (Astro Ria 2021). Hai korang, hari ini aku nak kongsikan drama melayu pula lah. rasa macam boring lah asyik drama korea jer kan. hehe. Kali ini aku nak kongsikan drama jangan ganggu jodohku yang bersiaran di astro ria. ada tak yang layan drama ni? kalau ada, jom komen pendapat korang mengenai drama ini. Jom baca sinopsis drama jangan ganggu jodohku di bawah ini ya. 


Sinopsis Drama Jangan Ganggu Jodohku (Astro Ria 2021)


Sebelum itu, aku nak bagi tahulah yang drama ini sebenarnya adalah drama yang diadaptasi dari sebuah novel karya umie nadzimah. novel tu pun masih pakai nama yang sama dengan tajuk drama ini. 

Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah yusuf bahrin dan shaza bae tau. jom kita sambung baca sinopsis dram jangan ganggu jodohku yang telah kami sediakan untuk anda.

Sinopsis Drama Jangan Ganggu Jodohku (Astro Ria 2021)

Berikut merupakan sinopsis drama jangan ganggu jodohku 2021 ini. Drama ini mengisahkan tentang saka yang menghantui hidup Aliza dan Imran. 

Aliza mempunyai masalah untuk berkahwin selagi mana dia tidak menerima saka yang ditinggalkan oleh keturunannya. Yang hebatnya si aliza ni boleh berinteraksi dengan hantu-hantu yang ada. Dia pun ada kawan dengan hantu juga, nama dia Jin Abu. Mereka dah berkawan sejak dari kecil lafi tau.

Apabila dah meningkat dewasa, Aliza mula meminati doktor imran. namun begitu jin abu yang rapa dengan dia sangat tak suka dengan imran dan niat aliza untuk berkenalan dengan imran. ada jer yang diganggunya. 

Lain pula yang jadi kepada doktor imran ni. Dia merupakan seorang doktor yang berfikiran moden. Kadang-kadang perangai dia ni nampak sombong, riak dan bangga sangat dia dengan ilmu kedoktorannya tu.

Imran pun tak percaya pasal hantu-hantu ni. 

Sampailah satu ketika tu, dia diganggu oleh saka mak cik lempeng, barulah dia sedar yang makhluk itu sebenarnya ada. Selepas kena kacau tu, terus dia berubah menjadi lebih islamik dan lebih warak.

Dia pun pada awalnya tak suka dengan aliza tu pun, tapi nak buat macam mana, hati dia makin mencintai aliza dan dia sanggup mempertahankan aliza daripada diganggu lagi oleh jin abu tu.

bagaimanakah pengakhiran kisah cinta aliza dan imran ni? kalau nak tahu, kenalah tengok di astro ria dan ria hd tau pada setiap hari isnin hingga jumaat!

Sekarang ini, aku nak kongsikan pula mengenai sinopsis novel dia pula yer. jangan skip tau!

untuk novel pula ia mengisahkan tentang Aliza tak pernah suka pada mana-mana lelaki walaupun tak putus-putus orang datang masuk meminang. 

Jauh dalam sudut hati, dia juga seperti gadis-gadis lain, ada keinginan untuk punya pasangan dan berumah tangga. 

Namun, setiap kali hal kahwin disebut, emosinya akan berkecamuk dan jatuh sakit. Dan penyakitnya pula sangat aneh!


Entah macam mana, Aliza boleh jatuh cinta sakan pada Imran dan berkobar-kobar hendak berkahwin dengan lelaki pujaannya itu. 

Pelbagai cara dia cuba untuk memikat Imran supaya memberi perhatian kepadanya, walaupun penyakit anehnya semakin menjadi-jadi setiap kali dia cuba mendekati Imran.


Sayang sekali, cinta Aliza dipandang sepi. Malah Imran membalas dengan hinaan dan herdikan. Imran menuduh penyakit Aliza tak masuk akal dan Aliza sekadar berpura-pura untuk mengambil kesempatan terhadap keluarganya. Aliza dikatakan sakit mental!


Sombong, berlagak, bajet bagus, poyo dan ego, gelaran yang sinonim dengan Imran. Mentang-mentang la tunangnya orang bandar. Lawa dan pandai pula tu.


Siapa sangka, wanita yang disayangi pergi meninggalkan dia ketika dia ditimpa musibah? Dan siapa sangka hatinya terbuka untuk mengahwini Aliza? Tapi, Aliza tiba-tiba tidak mahu berkahwin dengan pujaan hatinya itu.


Tak sudah-sudah Imran yang sudah berubah menjadi lelaki baik itu dikutuk dan dimaki. kalau lain orang, sudah lama mereka tinggalkan aliza. Namun, Imran tetap bersabar. Penyakit Aliza mesti dirawat. Itu tekad Imran.


Apa sebenarnya penyakit aneh yang dialami Aliza sehingga dia seolah-olah disumpah tidak boleh berkahwin? 

Setelah mengharungi pelbagai halangan, berjayakah Imran menikahi dan mengubati penyakit Aliza? itu sahaja sinopsis novel jangan ganggu jodohku ini. jom kita baca info drama ini pula yer.

Info Drama.

Drama yang memiliki 24 episod ini sudah mula ditayangkan sejak 29 november 2021 yang lalu. setakat 18 Disember 2021, drama ini telah di tayangkan sebanyak 13 episod sudah. 


Ia ditayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis pada jam 10 malam di Astro Ria. bagi yang tak tahu, skrip drama ini ditulis oleh Nana Khalil, Adib zaini, baizura kahar dan juga amin shakib tau.


Drama yang diarahkan oleh jamal khan ini menghiasi slot mega drama di astro ria. 


Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini adalah seperti Shaza Bae, Yusuf Bahrin, Aloy Paradoks, Amerul Affendi dan Norreen Iman.


Selain itu, kita juga ada pelakon lain seperti Salina Saibi, Shah Iskandar, Sabhi Saddi, Hasnul Rahmat, Azizah Mahzan, Ku Fridah, Sherry Ibrahim dan Fazlina Ahmad Daud.


Ditambah pula barisan pelakon seperti Rosli Rahman Adam, Syafi Tee, Farid, Rosli Rahman Adam, Henzi Andalas dan Farah Wahida menjadikan jalan cerita drama ini semakin menarik untuk ditonton.


Watak Pelakon


Dalam drama jangan ganggu jodohku ini, pelakon Yusuf Bahrin membawa watak sebagai Dr Imran. Dia ni memang kerek lepas tu sombong pula tu. Kemain sangat bangga dengan doktor dia tu. last-last habuk pun takda.


Instafamous dan juga pelakon baru Shaza Bae pula membawa watak sebagai Aliza. Dia ni seorang gadis kampung yang mampu melihat makhluk halus. hidupnya sering diganggu saka nenek moyangnya yang sedang mencari pemilik baru.


Selain itu, pelakon Aloy Paradoks membawa watak sebagai Abu dan pelakon Amerul Affendi pula sebagai Penjelmaan Abu.


Kita juga ada pelakon Norreen Iman sebagai Shahida dan pelakon Shah Iskandar sebagai Kamal Hassan.


Selain itu, pelakon Sabhi Saddi membawa watak sebagai Ustaz Hadhari dan pelakon Ku Fridah Ku Shafie sebagai Makcik Ratu Lempeng


Untuk lagu tema pula, drama ini menggunakan Lagu Tema (OST) bertajuk Hendaklah Cari Pengganti yang dinyanyikan oleh Penyanyi Arief 

Liriknya pula ditulis oleh Ayu Rizki Yani  dan komposernya adalah Ayu Rizki Yani.

Penutup

Aku dah tengok drama ni dan aku boleh kata ia bersifat komedi romantik dan pada masa yang sama ia bersifat seram sebab ada hantu yang memainkan peranan sebagai saka dan juga hantu-hantu lain.

Kalau korang nak rehatkan minda korang untuk tengok cerita ni, aku rasa memang sangat sesuai sebab banyak adegan-adegan lawak dalam cerita ini.

Cumanya pelakon lah, kita tak berapa kenal kan. hehe itu jer. 

jom kongsikan sinopsis drama jangan ganggu jodohku ini di facebook korang tau !



Post a Comment

Previous Post Next Post