Drama Shadow Beauty 2021 Lakonan SF9 Choi Bomin. Drama yang diadaptasi oleh webcomic akhirnya menemui penonton bermula November 2021. Shadow Beauty 2021 merupakan drama lakonan Shim Dal Gi dan SF9 Choi BominDrama ini merupakan drama yang berikutnya buat Choi Bomin setelah banyak membintangi drama hit seperti 18 Again , A Teen 2 dan Melting Me Sofly.


Drama Shadow Beauty 2021 Lakonan SF9 Choi Bomin




Drama ini diadaptasi dari popular webtoon yang tajuknya sama iaitu Shadow Beauty yang publish dari tahun 2017 sehingga 2020 melalui Kakao.

SINOPSIS PENUH DRAMA SHADOW BEAUTY 2021

Shadow Beauty ini menceritakan tentang seorang pelajar perempuan sekolah menengah Ae Jin (Shim Dal Gi) yang mempunyai rupa yang kurang cantik.

Semua pelajar di sekolah dan kelasnya memangil beliau hodoh dan sering membuli Ae Jin tanpa rasa belas kasihan.

Ae Jin mempunyai satu rahsia yang tiada siapa pun tahu , rahsianya itu adalah beliau adalah influencer di media sosial yang namanya adalah Genie.

Dia sangat popular di sana dan memperolehi 770,000 pengikut di laman sesawang itu yang mana cukup banyak bagi seorang pelajar.

Di laman sosial beliau , beliau sering mengupload gambar selfie beliau yang di edit dan photoshopping gambar itu sehingga menjadi cantik sebelum menguploadnya.

Pengikut laman sesawang Genie ini tidak mengetahui siapa sebenarnya disebalik muka yang dipost itu.

Namun satu hari , beliau mendapat pesanan mesej secara dalam talian yang di dalam mesej ini diletakkan gambar beliau yang belum diedit lagi.

Orang yang menghantar mesej itu tahu siapa sebenarnya Genie ini , mampukah Genie dapat merahsiakan identity beliau ?

Apakah yang dilakukan beliau sekiranya rahsia yang disimpannya ini pecah?

 

PROFIL PENUH DRAMA SHADOW BEAUTY 2021

Drama Shadow Beauty adalah drama yang ditayangkan di saluran KakaoTV dan baru sahaja ditayangkan , tajuknya di dalam tulisan hangul adalah 그림자 .

Sebutan tulisan Hangul ini adalah Geurimja Minyeo , drama ini mempunyai keseluruhannya 13 episod kesemuanya.

Drama ni mula ditayangkan pada 20 November yang lalu dan berakhir pada 29 December 2021 ini dan setiap seminggu drama ini ditayangkan 2 kali.

Pengarah bagi drama Shadow Beauty ini adalah Bang Soo In yang merupakan pengarah hebat yang telah mengarahkan movie Stand By Me pada 2018.

Penulis webcomic drama ini adalah A- Heum manakala pengarah Bang Soo In sendiri yang menulis untuk drama Shadow Beauty ini.

Drama Shadow Beauty ini ditayangkan setiap hari Rabu dan Sabtu pada jam 8:00 malam setiap minggu.

Webcomic drama Shadow Beauty ini adalah Geurimja Minyeo dari A Heum.



 

BARISAN PELAKON-PELAKON HEBAT DRAMA SHADOW BEAUTY 2021

Drama yang memaparkan kehidupan alam persekolahan jadi majority pelakon drama ini adalah pelakon-pelakon muda yang berbakat.

Watak utama drama ini adalah pelakon cantik Shim Dal Gi yang melakonkan watak yang rare iaitu Goo Ae Jin.

Pelakon utama lelaki di dalam drama Shadow Beauty 2021 ini adalah pelakon yang meningkat naik iaitu Choi Bo Min dari kumpulan idola SF9 yang wataknya adalah Kim Hon In.

Selain Bomin dari kumpulan idola , drama ini turut dibintangi oleh kumpulan idola wanita iaitu dari kumpulan Fromis 9 iaitu Lee Na Gyung.

Lee Na Gyung di dalam drama ini membawa watak pelajar sekolah menengah yang bernama Sun Mi Jin.

Kumpulan idola yang berikutnya yang membintangi drama ini adalah dari kumpulan lelaki Pentagon iaitu Yang Hong Suk.

Yang Hong Suk banyak membintangi drama –drama di Korea sejak di awal debut dia lagi dan semakin dikenali sebagai pelakon.

Di dalam Shadow Beauty ini beliau membawa watak Lee Jin Sung manakala pelakon baru wanita Hur Jung Hee membawa watak Yang Ha Neul di dalam drama ini.

Drama yang merupakan drama debut bagi beliau iaitu pelakon bernama Baek Ji Hye yang lahir pada tahun 1996 dan berketinggian 169cm.

Beliau membawa watak sebagai pelajar perempuan di sekolah menengah bersama Goo Ae Jin yang bernama Jo Sae Hee.

Watak keluarga Goo Ae Jin di dalam drama Shadow Beauty ini adalah pelakon senior Ko Seo Hee yang memegang watak sebagai ibu Goo Ae Jin.

Pelakon senior yang banyak dramanya yang hit Shim Dam Soo turut membintangi drama ini dan watak beliau adalah bapa kepada Goo Ae Jin.

Watak Yang Ha Neul juga mempunyai ibu yang wataknya dilakonkan oleh pelakon senior Park Bo Kyung manakal watak bapa Yang Ha Neul dibawa oleh Park Yoon Ho.

Pelakon cilik Park Ji Yoon membawa watak Yang Ha Neul ketika kecil dan muncul di dalam episode 8 drama ni.

Watak guru di dalam drama sekolah ini dibawa oleh Kim Haeng Gon manakala watak guru lain namanya tidak dikemaskini.

KOMEN-KOMEN MENGENAI DRAMA SHADOW BEAUTY 2021

Drama ini baru sahaja tamat keselurahannya episodnya jadi jom kita baca komen –komen dari penonton drama ini ada positif dan jugan negative.

Antaranya , penonton mengatakan drama ini sangat bagus , wooow. Drama ini sangat bagus. lakonan mereka. Ia layak mendapat lebih populariti. Dan saya harap ada musim 2!

Drama yang membuatkan tidak sabar untuk dilihat episode berikutnya , Saya suka drama ini, tidak sabar untuk episod seterusnya.

Plot drama yang cukup berbeza dari drama yang lain , Lol aliran ceritanya memang berbeza dengan manhwa tetapi saya harap dalam drama ini hoin akan menjadi Lead lelaki,

 sangat mengesyorkan untuk menonton ini, manhwa itu benar-benar menyedihkan dan hoin bukan Lead lelakinya

Drama yang pada mulanya dikatakan mirip drama hit true beauty namun Tak sangka drama ni kelakar. Mereka berkata ini seperti kecantikan sebenar, tetapi nah, ini lebih menakjubkan daripada

kecantikan sebenar. Ia bukan klise sebagai kecantikan sebenar, lol. Pembaziran sehingga setiap episod hanya 20 minit atau lebih. Lakonan pun superb.

 Gu Ae Jin sangat cantik, rambut palsu itu sangat pelik hahahaha

Ya tuhan ini benar-benar drama toksik. Saya sukakannya. Semua dalam drama ni memang best sangat. Saya terlalu teruja untuk menonton episod seterusnya.

Ah okay boyfriend memang menyampah tapi saya tetap suka perangai dia. Maksud saya mempunyai minda detektif yang tidak waras seperti? wow?.

Setiap orang mempunyai sisi hitam dan drama ini benar-benar menunjukkan perkara ini. Hah kenapa kenapa kenapa saya mulakan drama ini sekarang saya tidak sabar untuk melihat seterusnya.

Drama yang seperti berlebihan namun masih terbaik Persembahan ini agak keterlaluan dan dramatik tetapi ia masih bagus.

Suka rasa seni yang sedikit dengan gaya rambut, seragam dan sinematografi.

Ia adalah drama web pendek jadi tonton saja secara santai tanpa jangkaan kualiti bajet yang tinggi dan anda pasti menyukainya.

 

KATA-KATA AKHIR MENGENAI DRAMA SHADOW BEAUTY 2021

Drama yang berlainan dari yang lain , jalan cerita ini sangat best dan kelakar so korang tak rugi kalau layan.

Layan sampai habis taw  korang !!.

 

 

Post a Comment

Previous Post Next Post