SINOPSIS "THE KING'S AFFECTION" 2021.  Drama yang bakal ditayangkan di Korea lagi beberapa hari sahaja lagi iaitu The King's Affection. Drama The King's Affection merupakan antara drama yang ditunggu-tunggu oleh peminat untuk tahun 2021. Tonggak utama di dalam drama ini adalah pelakon baru yang sedang meningkat naik iaitu SF9 Rowoon dan Park Eun Bin pelakon yang cukup berbakat dalam membawa pelbagai watak. "The King's Affection" mengambil alih slot masa tayangan pada setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 9.30 malam di saluran KBS 2. Drama ini menggantikan drama police university yang telah selesai tayangannya.

Bagi yang tak tahu, drama ini di adaptasi dari komik "Yeonmo" oleh Lee So-Young  yang telah diterbitkan dari 2011 hingga 2014 oleh Daewon C.I.


Sinopsis Drama "The King's Affection" 2021



Drama " The King's Affection" merupakan drama mengenai sejarah korea yang terdahulu namun ada cerita disebaliknya , jom baca sinopsis drama ini.

SINOPSIS "THE KING'S AFFECTION" 2021~~

Mengisahkan tentang Permaisuri Maharaja telah melahirkan anak kembar tetapi pada zaman itu anak kembar memberi petanda tidak baik. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Kembar perempuan perlu dibunuh namun Permaisuri Maharaja memohon untuk menyelamatkan nyawa anaknya. Dalam senyap2 beliau telah menghantar keluar kembar perempuan dari istana. Anak lelaki diberi nama Lee Hwi namun beberapa tahun Lee Hwi meninggal , untuk mengantikannya Permaisuri membawa kembali anak kembar perempuanya dan membesarkannya sebagai seorang lelaki. Apabila besar beliau anak perempuan yang menggunakan nama Lee Hwi (Park Eun Bin) itu menjadi putera mahkota.

Jung Ji Woon (Rowoon) merupakan cikgu kepada Lee Hwi , beliau adalah dari keluarga bangsawan yang sangat handsome dan bijak. Lee Hwi jatuh hati pada Jung Ji Woon.

Adakah penyamaran Lee Hwi tidak terbocor dan adakah Jung Ji Woon tahu rahsia besar Lee Hwi ?? Nantikan....

SINOPSIS TAMBAHAN DRAMA THE KING AFFECTION

Apabila permaisuri Putera Mahkota melahirkan anak kembar, kembar itu dianggap sebagai tanda yang tidak menyenangkan, dan perintah dihantar untuk membunuh anak perempuan itu. Untuk menyelamatkannya, dia secara rahsia dihantar keluar dari istana.

Beberapa tahun kemudian, anak kembar Lee Hwi meninggal dunia akibat kemalangan yang tidak diingini. Untuk menyembunyikan kematian anak kembarnya, ibu membawa pulang anak perempuan itu dan membesarkannya sebagai Putera Lee Hwi. 

Lee Hwi akhirnya menjadi putera mahkota. Kerana takut identiti sebenarnya akan terbongkar, Lee Hwi tidak dapat mempunyai sesiapa yang rapat dengannya dan menyembunyikan emosinya daripada orang lain, membuat kenyataan yang menggigit. 

Walaupun dia menjauhkan diri, dia mula mengembangkan perasaan terhadap Jung Ji Woon, gurunya yang berasal dari keluarga bangsawan. Jung Ji Woon ialah seorang guru dari Putera Mahkota sikangwon, sebuah pejabat kerajaan untuk tujuan mendidik putera mahkota. 

Dia digambarkan sebagai seorang lelaki tampan yang berani, tabah, dan tabah, tetapi juga cenderung untuk mengambil nyawa apabila ia datang dan hidup bebas daripada kebimbangan duniawi sebagai seorang optimis yang menikmati kehidupan. Sebagai anak kepada pegawai kerajaan di Saheonbu (pejabat penyiasatan kerajaan), masa depannya kelihatan jelas untuknya. Namun, ada sebab mengapa dia memilih untuk pergi ke haluan sendiri dan meninggalkan jalan mudah itu.

PROFIL DRAMA

TULISAN KOREA  : 연모

PENGARAH : Song Hyun-Wook 

PENULIS :  Han Hee-Jung

TARIKH TAYANGAN " 11.10.2021 ( 21:30 PM )

INFO PELAKON~

Park Eun Bin dan Rowoon sebelum ini tidak pernah bergandingan namun nama mereka berdua sudah biasa menjadi sebutan apabila drama-drama lakonan mereka yang sebelum ini mendapat perhatian.

Park Eun Bin dikenali dengan drama beliau bersama Kim Min Jae dalam drama "Do You Like Brahms" , "Stove League" dan "Age Of Youth" manakala Rowoon terkenal dengan drama "Extraordinary You" dan "She Would Never Know".

\Drama King's Affection ini di arahkan oleh Song Hyun Wook dan skrip drama di tulis oleh Han Hee Jung tau. 

Dalam drama ini, pelakon Park Eun Bin membawa watak sebagai Lee Hwi dan Ro Woon pula sebagai Jung Ji Un

Selain itu kita juga ada pelakon utama yang lain iaitu Nam Yoon Su yang membawa watak sebagai Lee hyun. Manakala pelakon Choi Byung Chan pula membawa watak sebagai Kim Ga On.

Seterusnya pelakon cantik Bae Yoon Kyung membawa watak sebagai Shin So Eun dan Jung Chae Yeon pula membawa watak sebagai Noh Ha  Kyung.

Bagi pelakon pembantu pula, kita ada pelakon Yoon Je Moon yang membawa watak sebagai Han Ki Jae yang merupakan pegawai kerajaan. 

Kemudian kita ada pelakon Lee Pil Mo sebgai Raja Hye jong atau Ye Jong. Dia juga merupakan watak sebagai bapa kepada Lee Hwi.

Seterusnya watak court lady yang dilakonkan oleh Baek Hyun Joo dan menggunakan nama sebagai Kim Sang Gung.

Pelakon Go Gyu Pil pula membawa watak sebagai peneman istana yang menggunakan  nama EUNUCH Hong Bok Dong. Kita juga ada pelakon Kim Jae Chul sebagai Yoon Hyung Chul iaitu bodyguard raja Hyejong.

Sebenarnya banyak lagi pelakon dalam drama ini, tapi aku kongsikan yang ini sahaja dulu ya.

REVIEW DAN KOMEN UNA BERKAITAN DRAMA

Serius saya tidak suka drama begenre sejarah tetapi kerana disebabkan pelakon dia rowoon saya menonton 2 episod dan sekarang saya tidak sabar untuk melihat episod seterusnya.

Lakonan mereka sangat hebat begitu juga OST yang sangat menenangkan. Dalam cerita ini rowoon benar-benar melakukan tugasnya dengan hebat dan juga pelakonan pelakon kanak-kanak yang mewakili versi yang lebih muda begitu baik lakonannya sehingga kan saya rasa lakonan dia begitu kena dengan pelakon dan jalan cerita tersebut. 

Drama ini merupakan antara drama yang layak sditonton. Jalan ceritanya juga hebat dan agak unik. Saya berharap ia akan menjadi lebih menarik pada episod akan datang jadi saya benar-benar berpuas hati dengan siri ini dan akan mengikutinya sehingga akhir.

pelakon-pelakonnya memang menarik memandangkan mereka mempunyai peranan baru untuk dibawakan jauh untuk lakonan sebelum ini. Visualnya mengagumi dan kimia walaupun untuk peranan muda memang bagus. OST juga melengkapkan dan mewujudkan mood yang sihat. Aliran cerita yang jelas dan logik yang menarik perhatian penonton untuk menonton lebih banyak dan menantikan kelainan seterusnya.

Penutup 

Akhir sekali, Una nak bagitau kenapa korang kena tengok drama king's affection ni. Pertama sekali seperti biasa jalan cerita dia sangat menarik yang mengisahkan perjalanan sorang raja yang memerintah rakyatnya.

Namun ada juga cabaran yang harus di hadapi oleh raja tersebut demi mengekalkan kuasanya.

Yang kedua, barisan pelakon drama ini sangat matang dan berpengalaman. Sebab itulah una suruh korang tengok sendiri drama ini. Kalau baca sinopsis tak berapa nampak sangat flow dia kan. 

Drama ini akan ditayangkan tidak lama lagi so korang jangan lupa layan taw drama ni. Dijamin akan terhibur dan tak banyak drama sejarah sebelum-sebelum ini.

Selamat berhibur dan selamat menonton !! 

Post a Comment

Previous Post Next Post